BUKU DEDAH KEHIDUPAN EJEN BRITAIN

PROFESOR Keith Jeffery menunjukkan buku MI6, The History of the Secret Intelligence Service 1909-1949 di London semalam.
LONDON - Agensi Perisikan Britain, MI6 menerbitkan biografi pertamanya, MI6 The History of the Secret Intelligence Service 1909-1949 semalam yang melibatkan sejarah awal penubuhan agensi berkenaan.
Buku tersebut turut mendedahkan kehidupan sebenar ejen perisik dan pembelot yang sebelum ini cuma disajikan kepada umum menerusi filem James Bond.
Buku berkenaan ditulis oleh Profesor Keith Jeffrey yang merupakan pakar sejarah Universiti Queen's, di Belfast, Ireland Utara.
Beliau diberi akses untuk memasuki arkib MI6 sejak agensi itu ditubuhkan pada 1909 sehingga permulaan Perang Dingin pada 1949.
Buku tersebut menceritakan bagaimana ejen-ejen MI6 meletupkan beberapa buah kapal dan membolos masuk ke wilayah Eropah yang dikuasai rejim Nazi dan Kesatuan Soviet (USSR) tetapi mereka masih dapat mencari masa untuk berseronok dan menggoda wanita.
Selain itu, ia turut mengesahkan buat kali pertama bahawa tiga penulis terkenal Britain iaitu Graham Greene, W. Somerset Maugham dan Arthur Ransome merupakan ejen MI6.
Menceritakan pengalaman semasa menulis buku tersebut, Jeffrey memberitahu bahawa beliau diberi kebenaran untuk melihat fail-fail lama MI6 yang tidak didedahkan dan tidak akan didedahkan kepada umum.
"Perasaan saya apabila melihat fail-fail sulit MI6 adalah seperti seorang ejen perisik yang membolos masuk ke negara asing," katanya pada sesi pelancaran buku setebal 810 muka surat itu di Pejabat Hal Ehwal Luar dan Komanwel di sini.
Seorang ejen MI6 yang diceritakan dalam buku itu, Bill "Biffy" Dunderdale, merupakan sahabat karib penulis novel James Bond, Ian Fleming.
Buku berkenaan mendedahkan bahawa minat Dunderdale terhadap kereta sport dan wanita memberi cetusan idea kepada Fleming berhubung watak ejen 007 itu.
Namun, kata Jeffrey, kepercayaan ramai bahawa ejen MI6 mendapat 'lesen untuk membunuh' yang membolehkan mereka membunuh dengan sewenang-wenangnya adalah mitos semata-mata.
Menurutnya, agensi berkenaan cuma terbabit dalam dua kes pembunuhan haram sepanjang tempoh liputan buku tersebut.
Bagaimanapun, ejen-ejen MI6 pernah mengebom lima buah kapal dalam 'Operasi Malu' yang dilancarkan bagi menghalang lebih ramai pelarian Yahudi daripada belayar ke wilayah Palestin yang ketika itu dikuasai Britain.
MI6 turut mengintip sekutu mereka termasuk Amerika Syarikat (AS) dan wira Perancis semasa perang Dunia Kedua, Charles de Gaulle yang pernah menjadi Presiden Perancis.
Agensi perisikan berkenaan turut memiliki pembelot pada peringkat awal penubuhannya apabila Harold "Kim" Philby yang dinaikkan pangkat sebagai ejen kanan MI6 didapati mengintip untuk USSR dan merupakan anggota rangkaian pengintipan Cambridge. - AFP
iAMPLIFY PRODUCT
"iAmplify has tapped former FBI Agent and Spycatcher Joe Navarro to adapt his years of experience breaking foreign intelligence agents into a proven system to help decipher the mysteries of relationships. In this easy to use, in-depth system, Joe will teach you to understand the language of love and decode symbolic communication. He will break down the process of attraction, help you define mixed signals and understand what men REALLY want.
You won’t believe this man’s dossier. When Joe Navarro was 23 years old he didn’t fight for a spot in the FBI, widely regarded to be the most difficult intelligence service to join, the FBI came to him! So there it is: the secrets the government uses to decode masterminds are now available exclusively for the ClickBank Marketplace."
This product is from iAmplify.com, one of the world’s largest publishers of audio, video and text downloads. To get something new welcome :-
http://91f435ng1wfh8n9hb7-5mwjs3b.hop.clickbank.net/?tid=PFD661JQ
http://91f435ng1wfh8n9hb7-5mwjs3b.hop.clickbank.net/?tid=PFD661JQTO GET DETECTIVE PRODUCT JUST VISIT AND WELCOME AT :-
http://ba1c6fqbp7l80y5buzqf5fyj7u.hop.clickbank.net/?tid=PFD661JQ
No comments:
Post a Comment